Thursday, January 22, 2009
Keadaan Ekonomi Malaysia
Saya sebagai anak Malaysia berasa begitu bangga sekali hidup di bumi bertuah ini. Kebelakangan ini kita mendapati kuasa-kuasa besor ekonomi dunia dilandar krisis ekonomi yang paling teruk dalam sejarah, termasuklah Amerika, Eropah, China, Indian, Jepun, malah jiran kita yang di sayangi Singapore yang tak penoh mengalami kemerosotan ekonomi juga tidak berkecuali, pengaguran, pembuangan perkerja yang begitu ketara di jiran-jiran seperti Singapore, Filipina, Thailand, Indonesia, sudah tentu negara Malaysia yang tercinta ini tidak berkecuali daripada pembuangan pekerja. Tetapi yang menakutkan saya bukan keadaan ekonomi, yang menakutkan ialah menteri kewangan yang disayangi Datuk Sri Najib mengatakan ekonomi negara masih kukuh, cuma keadaannya sedikit mencabar, ini bukan setakat menakutkan, tetapi amat mengkagumkan, bayangkan negara kecil seperti Malaysia, bayangkan Datuk Sri yang tak ada pengalaman mengurus ekonomi boleh menandingi kuasa-kuasa ekonomi dunia, tak sia-sia lah Tun selalu mengingatkan "Malaysia boleh", "Pak Lah tak boleh", "Najib boleh", harap-harap jangan jadi "Najis boleh". Dalam ingatan saya, mungkin saya ini perlupa, ekonomi Malaysia tak pernah mengalami kemelesetan, keadaannya sama ada "bagus", "memuaskan" atau " sedikit mencabar" ....
Subscribe to:
Comments (Atom)